Ada banyak mengapa rambut gugur di kalangan orang dewasa. Di sini, kami senaraikan sebab-sebab biasa tersebut:
1. Gaya rambut dan produk gayakan rambut. Contohnya - gaya 'ponytail. Begitu juga dengan mewarnakan rambut dan penggunaan 'curling iron'.
2. Kurang nutrisi dalam diet, terutamanya protein dan besi.
3. Tekanan mental atau fizikal seperti tekanan tempat kerja, baru menjalani pembedahan atau mengalami demam panas.
4. Kesan sampingan ubat-ubatan dan rawatan seperti kimoterapi.
5. Perubahan paras hormon. Melahirkan anak, mengambil pil perancang atau perubahan kitaran haid boleh mempengaruhi kitaran pertumbuhan rambut dan menyebabkan kehilangan rambut.
6. Umur; semakin kita berusia, rambut lebih senang putus dan folikel rambut tidak lagi menumbuhkan rambut dengan lebih banyak.
7. Genetik. Kalau bapa kita botak, kemungkinan kita pun mewarisi gen botak.
Beberapa perkara kita boleh ubah dengan mudah, dan murah seperti menukar gaya dan produk rambut. Sesetengah lain, adalah faktor semulajadi dan lebih sukar untuk diubah.